Saturday, July 26, 2008

Tuesday, June 24, 2008

Cinta itu indah,

tika seronok dibuai angan dan perasaan..

Pabila tersedar dari ulitan nafsu,
Dosa yang panas mula dirasai,
titisan air mata sukar dihenti,
mengenang diri penderhaka ILLAHI..
rasa bersalah mula menghantuI.,
taubat dihulur, diri dihukumi..

Penamat kasih menjadi akhiran,
walaupun pahit dirasakan,
namun keredhaanNya menjadi pilihan.
takku ingin di NERAKA kita akan dipertemukan

Duhai sahabat,
Kisah cinta itu memang mengasyikkan
Takkan terbayar dengan segala pajakan
walau segala di dunia menjadi taruhan

Namun..,
ku rela tinggalkan memori kita.,
demi meraih perhatian yang Maha Mencinta,
maafkan aku....
semoga cintaNya turut dimilikimu..
~coretan ehsan dari seorang sahabat~

Friday, June 13, 2008

RAKYAT NAIK MINYAK DI KL


http://dppwp.wordpress.com/
Demontrasi Aman yang menghimpunkan pemuda-pemuda Pakatan dan rakyat pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dalam dan luar negara terhadap kezaliman Barisan Nasional yang menaikan harga minyak minggu lepas.

Himpunan bermula dari Masjid kg. Baru kira-kira jam 2 petang dengan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bersama Hj. Mohamad Sabu, Ust. Idris, Syed Azman, Ust. Nuridah, Dr. Lo’lo’, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin dari Angkatan Muda Keadilan.

Sekitar 5,000 orang menyertai himpunan ini dan pihak Polis yang menerima laporan bahawa perarakan akan berlangsung hingga ke Suria KLCC telah mengambil tempat.

Laluan untuk memasuki jalan Raja Abdullah disekat berhampiran pintu keluar masjid. Untuk itu rancangan untuk ke KLCC dibatalkan dan himpunan berarak memasuki jalan Raja Alang di Chow Kit dan Keluar di Jalan Batu untuk menuju ke Sogo.

Rancangan berkenaan dilakukan bagi memastikan perarakan dapat dijayakan. Suria KLCC adalah rancangan di atas kertas yang akhirnya menyebabkan laluan alternatif menjadi lebih mudah tanpa gangguan Polis.

Pada pagi tadi, penganjur difahamkan bahawa pihak Polis telah mengadakan beberapa sekatan sepanjang laluan hingga ke KLCC dan terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa sekumpulan samseng yang diupah pihak tertentu menanti di KLCC untuk melakukan rusuhan.

Kita merancang, Allah Merancang dan perancangan Allah itu lebih baik. Maka pelan altenatif digunakan dan perarakan berlangsung dengan aman.

Tak sampai 100 orang anggota polis mengikuti perarakan ini kerana ramai yang berkumpul dilaluan sekitar Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Ampang.

Laungan “BN..Barang Naik” dan “Turun….Turun…Turun BN” membakar kehangatan tengahari yang ternyata tidak mampu melunturkan semangat para demonstran.

Dalam ucapan pimpinan, Salahuddin menyatakan bahawa rakyat perlu bangkit dan membantah kenaikkan ini sebelum Barisan Nasional terus menerus mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesukahati.

Kerajaan BN dituntut untuk menurunkan harga barang dan rakyat akan teruskan melancarkan kempen PROTES sekiranya pemimpin BN terus bersikap angkuh.

Para demontran mengambil tempat di petak kuning berhadapan dengan Sogo bagi mendengar ucapan pimpinan. Lebih 20 minit, himpunan dilakukan disitu dan pihak polis langsung tidak menganggu himpunan. Mereka hanya memerhati dari jauh sambil turut mendengar ucapan dari para pimpinan.

Selepas sahaja Ust Idris habis memca doa, perarakan diteruskan hingga ke Pejabat Agung Pas di jalan Raja Laut.

Sebelum himpunan bersurai, Salahuddin mengingatkan semua agar dapat mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama dalam Himpunan Sejuta Rakyat Membantah Kenaikkan Minyak pada 5 julai nanti.

Para demonstran ternyata berpuashati kerana dapat menyertai Himpunan ini dengan baik walaupun pada awalnya diwar-warkan seperti akan berlaku tangkapan dan adegan kejar mengejar dengan Polis.

Kita memahami bahawa Malaysia negara demokrasi, dan ini adalah sebahagian dari demokrasi yang dituntut rakyat iaitu untuk didengar suara serta pandangan walaupun dari kaki lima.

Tuesday, June 10, 2008

renungkanlah

Untuk santapan rohani kita semua........... Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.

10 Wasiat Imam Syafie


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,
dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.


" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

LAwak Sikit

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: "Panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."
--------------------------------------------------------------------------------
HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ... "Wah Tok Batin ...ada handphone ..ada coverage ka dekat sini ...?". Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".